Selamat Datang Ke Simply Umrah Travel Services

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,

Selamat Datang ke Simply Umrah Travel Services. Misi kami ialah untuk memberikan anda keselesaan sambil menunaikan ibadah anda dengan harga yang berpatutan. Sila kunjungi laman Facebook kami di www.facebook.com/simplyumrahtravel untuk keterengan lanjut atau untuk bercakap dengan staf perkhidmatan kami.

Sunday, 13 March 2016

Nasihat Untuk Jemaah Umrah

Assalamu'alaikum Warahmatullahiwabarakatuh,



Kali ini kami ingin memberi nasihat tentang amalan, sikap dan tingkah laku ketika anda sedang menjalankan ibadah di Tanah Suci Makkah dan Madinah. Kami berharap nasihat-nasihat ini mampu memberikan anda panduan supaya dapat menjalankan ibadah yang boleh membuka hati anda dan meningkatkan taqwa kepada Allah S.W.T. Insyaallah.



Nasihat #1: Ini Bukan Percutian
Anda mesti ingat bahawa kunjungan ini bukanlah suatu percutian mewah. Masa anda di Madinah dan Makkah janganlah ditumpukan pada membeli belah. Kita harus redha dengan keadaan sekeliling. Janganlah dirasakan bahawa kita ini lebih baik daripada orang lain. Pastikan kita ingat bahawa tujuan lawatan ini adalah untuk Allah S.W.T. Lawatan ini adalah untuk mendekatkan diri kita dengan Allah S.WT



Nasihat #2: Ini Bukan Perlumbaan
Sudah banyak kali kami saksikan rasa cinta kepada Allah S.W.T dilahirkan dalam bentuk keganasan. Jangan kerana semangat mahu menjalankan ibadah menyebabkan anda bergaduh untuk solat di kawasan Raudhah atau membuli yang lemah untuk mencium batu Hajarul Aswad. Kawal emosi anda dan ingat contoh Rasulullah ketika berdepan dengan masalah.


Nasihat #3: Buka Hati Anda Untuk Pengalaman Yang Boleh Mengubah Hidup Anda
Jangan menyesal ketika berjalan dalam panas. Jangan berkemut muka bila saf sempit untuk solat. Lihat keadaan sekeliling. Senyum pada orang-orang yang anda lihat semasa perjalanan anda. Bantu orang yang anda lihat berada dalam kesusahan. Insyaallah orang-orang ini akan menunjukkan keindahan akhlak orang Islam bila anda menunjukkan keindahan akhlak anda.



Nasihat #4: Lihat Keindahan Allah S.W.T Dalam Segala Perkara
Sepanjang perjalanan anda, ingat bahawa tanah-tanah masjid itu diwakafkan oleh mereka yang sayang kepada Allah S.W.T. Matahari yang memancar itu diciptakan olehNya untuk mengayakan tanah dengan tumbuh-tumbuhan. Masjid yang cantik itu dibina menggunakan hasil bumi yang diletakkan oleh Allah S.W.T, digali dan didermakan oleh mereka yang sayang kepada Allah S.W.T dan umat Islam. Berzikir sambil mengingati kebesaran Allah S.W.T, kasih sayang Nabi Muhammad S.A.W kepada kita dan kasih sayang orang Islam kepada umatnya.


Kami berharap anda mendapat inspirasi daripada artikel ini. Silakan berkongsi nasihat-nasihat anda juga supaya bole membantu para jemaah pada masa hadapan. Insyaallah kita boleh mendapat berkat daripada Allah S.W.T  bila kita membantu dengan cara kita tersendiri. Pastikan anda berkongsi melalui komen di Facebook kami.

Sunday, 28 February 2016

Persediaan Untuk Umrah 101

Assalamualaikum Warahmatullahiwabaraktuh,


Kami di Simply Umrah  mahu anda bersedia untuk perjalanan anda ke Tanah Suci, jadi kami telah membuat penyelidikan kami tersendiri untuk membantu persediaan anda. Di sini kami akan membincangkan apa untuk dibawa, di mana tempat terbaik untuk membeli dan memberikan tips-tips untuk membantu anda dalam perjalanan untuk menjalankan ibadah dan mendekatkan diri anda dengan Allah S.WT. Insyaallah ibadah anda akan mendapat berkat dan restuNya.



Bagasi Umrah

Berikut merupakan barangan yang kami syorkan anda masukkan ke dalam bagasi anda.

Barangan Ibadah

  • 2 Pasang Kain/Pakaian Ihram
  • Tasbih
  • Al-Quran Poket
  • Buku Panduan Umrah
  • Tali Pinggang Umrah
  • 3 pasang Selipar Murah

Barangan Penjagaan Diri
  • Sabun Muka (Extra Moisturizing)
  • Berus & Ubat Gigi
  • Sabun & Shampoo (Moisturizing) 
  • Lip Balm
  • Sun Block
  • Lotion
  • Pengetik Kuku
  • Gunting Kecil
  • Pencukur
  • Bedak
  • Tuala Mandi 
  • Tuala Muka

Pakaian:
  • Baju Sejuk (semak musim dan suhu)
  • Jubah (3 Helai)
  • T Shirt (3 Helai)
  • Seluar Haji (3 Helai)
  • Seluar Slack (2 Helai)
  • Sarung Lengan (Perempuan)
  • Sarung Kaki (Perempuan)

Aksesori:
  • Kaca Mata Gelap
  • Payung Mini
  • Pouch Untuk Menyimpan Barang-Barang Penting (Bukan Beg Gantung)
  • Uncang Kasut
  • Kasut Selesa

Ubat-Ubatan:
  • Ubat Pening Kepala
  • Ubat Sakit Perut
  • Ubat Demam
  • Ubat Batuk
  • Vaseline Untuk Melecet
  • Vicks
  • Strepsils

PENTING*:
  • Kasut Tawaf Anti Gelincir
  • Botol Spray Wudhu
  • Sejadah Besar Nipis
  • Bantal Leher  (Untuk Penerbangan & Perjalanan Jauh)

Lokasi Tempat Barangan Umrah 

Maya SS 
(No 15, Tingkat 3A, Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur)

Mydin Mall
(Subang Jaya)

Empayar Muslimah & Hajj Sdn Bhd
(Kompleks PKNS Shah Alam)


Kami juga sarankan anda supaya menyimpan jurnal sepanjang perjalanan Umrah anda supaya anda boleh ingat perkara yang anda sedari di sana. Catitkan pandangan dan buah fikiran anda supaya pengalaman anda boleh mengingatkan anda apabila balik ke tanah air sendiri. Dengan ini, kami mendoakan anda mengalami umrah yang mabrur dan berjaya mendekatkan diri anda dengan Allah S.W.T. Kami harap kami dapat membantu. Sila kongsi pengalaman anda dan perbetulkan kami sekiranya ada kesilapan. Komen dan kongsi tips-tips anda untuk membantu jemaah lain pada masa hadapan. Insyaallah Tuhan akan memberi ganjaran kepada anda semua. Terima Kasih wahai saudara seislamku. 

Assalamu'alaikum Warahmatullahiwabarakatuh.