Selamat Datang Ke Simply Umrah Travel Services

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,

Selamat Datang ke Simply Umrah Travel Services. Misi kami ialah untuk memberikan anda keselesaan sambil menunaikan ibadah anda dengan harga yang berpatutan. Sila kunjungi laman Facebook kami di www.facebook.com/simplyumrahtravel untuk keterengan lanjut atau untuk bercakap dengan staf perkhidmatan kami.

Sunday, 13 March 2016

Nasihat Untuk Jemaah Umrah

Assalamu'alaikum Warahmatullahiwabarakatuh,



Kali ini kami ingin memberi nasihat tentang amalan, sikap dan tingkah laku ketika anda sedang menjalankan ibadah di Tanah Suci Makkah dan Madinah. Kami berharap nasihat-nasihat ini mampu memberikan anda panduan supaya dapat menjalankan ibadah yang boleh membuka hati anda dan meningkatkan taqwa kepada Allah S.W.T. Insyaallah.



Nasihat #1: Ini Bukan Percutian
Anda mesti ingat bahawa kunjungan ini bukanlah suatu percutian mewah. Masa anda di Madinah dan Makkah janganlah ditumpukan pada membeli belah. Kita harus redha dengan keadaan sekeliling. Janganlah dirasakan bahawa kita ini lebih baik daripada orang lain. Pastikan kita ingat bahawa tujuan lawatan ini adalah untuk Allah S.W.T. Lawatan ini adalah untuk mendekatkan diri kita dengan Allah S.WT



Nasihat #2: Ini Bukan Perlumbaan
Sudah banyak kali kami saksikan rasa cinta kepada Allah S.W.T dilahirkan dalam bentuk keganasan. Jangan kerana semangat mahu menjalankan ibadah menyebabkan anda bergaduh untuk solat di kawasan Raudhah atau membuli yang lemah untuk mencium batu Hajarul Aswad. Kawal emosi anda dan ingat contoh Rasulullah ketika berdepan dengan masalah.


Nasihat #3: Buka Hati Anda Untuk Pengalaman Yang Boleh Mengubah Hidup Anda
Jangan menyesal ketika berjalan dalam panas. Jangan berkemut muka bila saf sempit untuk solat. Lihat keadaan sekeliling. Senyum pada orang-orang yang anda lihat semasa perjalanan anda. Bantu orang yang anda lihat berada dalam kesusahan. Insyaallah orang-orang ini akan menunjukkan keindahan akhlak orang Islam bila anda menunjukkan keindahan akhlak anda.



Nasihat #4: Lihat Keindahan Allah S.W.T Dalam Segala Perkara
Sepanjang perjalanan anda, ingat bahawa tanah-tanah masjid itu diwakafkan oleh mereka yang sayang kepada Allah S.W.T. Matahari yang memancar itu diciptakan olehNya untuk mengayakan tanah dengan tumbuh-tumbuhan. Masjid yang cantik itu dibina menggunakan hasil bumi yang diletakkan oleh Allah S.W.T, digali dan didermakan oleh mereka yang sayang kepada Allah S.W.T dan umat Islam. Berzikir sambil mengingati kebesaran Allah S.W.T, kasih sayang Nabi Muhammad S.A.W kepada kita dan kasih sayang orang Islam kepada umatnya.


Kami berharap anda mendapat inspirasi daripada artikel ini. Silakan berkongsi nasihat-nasihat anda juga supaya bole membantu para jemaah pada masa hadapan. Insyaallah kita boleh mendapat berkat daripada Allah S.W.T  bila kita membantu dengan cara kita tersendiri. Pastikan anda berkongsi melalui komen di Facebook kami.

No comments:

Post a Comment